Tuesday, February 22, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDIRRASUL 1432H

Majlis sambutan Maulidirrasul SK Ciku 3 telah diadakan pada 16 Februari 2011.Majlis bermula jam 7.45 pagi dimulai dengan acara perhimpunan melibatkan semua murid  .Guru Besar SK Ciku 3 telah menyampaikan ucapan sempena majlis tersebu diikuti dengan selawat keatas Junjungan besar Nabi Muhammad.Selepas itu murid-murid tahap 2 mengadakan perarakan sambil berselewat mengelilingi kawasan perkampungan Felda Ciku 3 sejauh 1.5 km.Manakala murid tahap 1 berada didewan sekolah bagi menonton tayangan slaid maulidirrasul.
Pada jam 11.00 pagi semua murid dan guru-guru berada di dewan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Al fadzil Ustaz Lazim bin Yaacob dari SK Limau Kasturi dan Cikgu Mokhtar bin Ismail.
Pada majlis yang sama 2 orang murid,seorang murid perempuan dan seorang murid lelaki telah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidirrasul SK Ciku 3 bagi tahun 1432H.Acara lain yang diadakan bagi memeriahkan majlis adalah pertandingan poster,kuiz maulidirrasul.Majlis berakhir jam 12.00 tengahari diakhiri dengan jamuan makan tengahari (makan laksa).

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang tenaga,wang ringgit dan apa saja bantuan sehinggakan majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah.

`SATU UMMAH SATU MALAYISIA' 



PROGRAM MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS

Sekolah Kebangsaan Ciku 3 telah dipilih menjadi lokasi/pusat  Program `Teacher Profesional Devalopment' di bawah dasar Memertabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris(MBMMBI) Program ini melibatkan guru-guru Bahasa Inggeris dari Sekolah Kebangsaan Ciku 3,Ciku 2,Ciku 7 dan Perasu.Program ini bermula 22 Februari 2001 dan terus dijalankan pada setiap hari selasa jam 2.30- 5.00ptg.

Mr.Thomas sedang berkomunikasi dengan
Guru-guru Bahasa Inggeris

Monday, February 14, 2011

MESYUARAT PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI DAN SAMBUTAN MAULIDIRRASUL

Mesyuarat pencegahan denggi dan Sambutan Maulidirrasul SK Ciku 3 telah diadakan pada 14 Februari 2011, jam 1.00tgh. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Guru Besar dan dihadiri oleh semua guru dan YDP  PIBG  bagi menyusun atur program dan aktiviti yang akan dijalankan.

Mesyuarat telah memutuskan kedua-dua program tersebut akan diadakan pada 16 Februari 2011.Sambutan Maulidirrasul akan diadakan pada sebelah pagi mulai jam 7.45 hingga 1.15 tgh. Pengisian sambutan maulidirrasul adalah acara perarakan,ceramah,pertandingan poster, kuiz dan pengumuman 2 orang murid sebagai Tokoh Maulidirrasul 1432H. Bagi program pencegahan denggi   gotong royong membersih kawasan sekolah akan diadakan pada sebelah petang mulai jam 2.30 petang dan dijangka berakhir jam 5.30ptg.

Salam Maulidirrasul `Satu Malaysia Satu Ummah' dan SK Ciku 3 bebas denggi..Insya Allah.

YDP PIBG SK Ciku 3,

Tuesday, February 8, 2011

TAZKIRAH LAMBAIAN SENJA DAN SOLAT MAGRIB BERJAMAAH

Mulai tahun 2009 PIBG Sekolah Kebangsaan Ciku 3 dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan aktiviti Kuliah Lambaian Senja dan Solat Magrib Berjamaah murid tahun 6. Aktiviti ini dijalankan secara bersepadu dengan kelas tuisyen UPSR anjuran PIBG yang dijalankan pada waktu malam jam 8.00 - 9.30 malam, 4 kali seminggu selama 7 bulan .Pada tahun ini ianya dimulakan pada hari ahad 6 Februari  2011.
Aktiviti murni ini di rancang dan telah mendapat sokongan dan kerjasama penuh dari ibu bapa,PIBG, pihak sekolah,pemimpin tempatan serta komuniti setempat.  Bagi mengaktifkan aktiviti ini murid-murid yang menghadiri kelas tuisyen digalakkan datang kesekolah dan berada di musalla sebelum jam 7.00 petang.Tazkirah Lambaian Senja akan diadakan selama 15-20 minit sebelum waktu magrib dibawah pimpinan utama Ustaz Razali dan guru pendidikan Islam yang lain. Aspek utama pengisian tazkirah adalah kearah pemantapan keimanan dan taqwa serta motivasi kearah pengukuhan jatidiri remaja bagi menghadapi cabaran kini dan masa depan.


Selepas majlis tazkirah murid-murid terlibat akan solat berjamaah,berzikir dan ditambah dengan solat hajat pada hari-hari tertentu.Selepas selesai solat murid-murid akan brgerak ke kelas tuisyen masing-masing. 

Aktiviti ini diharap akan dapat diteruskan dengan jayanya melalui sokongan padu terutama ibu bapa dan pihak sekolah.Kami warga PIBG Sekolah Kebangsaan Ciku 3 mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama kepada guru pendidikan Islam teristimewa untuk Ustaz Razali yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi merealisasikan program murni ini.Syukur Alhamdulillah...

YDP PIBG SK Ciku 3

Wednesday, February 2, 2011

LOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU3


Sekolah Kebangsaan Chiku 3 adalah sebuah sekolah yang dikategorikan di bawah sekolah luar bandar yang terletak dikawasan FELDA. Ianya berada dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gua Musang.

Jaraknya 150 km dari bandar Kota Bharu melalui jalan utama Kota Bharu ke Gua Musang dan 45 km dari bandar Gua Musang.

Tuesday, February 1, 2011

SAF PEMIMPIN SK CHIKU 3 TAHUN 2011


Pada sessi persekolahan tahun 2011 pengurusan sekolah hanya ditadbir oleh Guru Besar dan dibantu seorang Guru Penolong Kanan pentadbiran.Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum masih kosong.Kekosongan dua orang Guru Penolong Kanan ini berlaku sejak 6 bulan lalu dan kini masih belum berganti lagi selepas kedua-dua personel ini bertukar.

Pada 30 Januari 2011 Penolong Kanan Kokurikulum telah melaporkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan sebelum ini. Kepada PK Kokurikulum warga SK Ciku 3 mengalukan kedatangan anda untuk meneruskan kecemerlangan khususnya dalam aktiviti Kokurikulum.


KAKITANGAN UNIT PENTADBIRAN