Sunday, January 30, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN 3K BIL.1/2011

Mesyuarat Pengurusan 3K bil.1/2011 SK Ciku 3
Mesyuarat Pengurusan 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) SK Ciku 3 bilangan 1/2011 telah diadakan pada 30/01/2011 jam 11.00 pagi bertempat di bilik mesyuarat utama. Mesyuarat ini dipegerusikan oleh Guru Besar yang dihadiri oleh kontraktor kebersihan,kontraktor keselamatan, pengusaha kanntin dan YDP PIBG.

Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan keselamatan, kebersihan dan kesihatan sekolah.Mesyuarat telah bersetuju untuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan landskap sekolah dengan menanam lebih banyak pokok-pokok bunga.Pengusaha kantin akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti penyediaan makan dan kebersihan di kantin sekolah.Manakala dalam aspek keselamatan kelengkapan CCTV akan disempurnakan dalam masa terdekat.

Thursday, January 27, 2011

PENCAPAIAN UPSR SK CIKU 3 2006-2010

Murid yang mendapat 5A UPSR  2010
Pencapaian UPSR  Sekolah Kebangsaan Ciku telah mula bergerak ke arah kecemerlangan mulai tahun 2007. Ianya satu pencapaian yang sangat baik bagi sekolah luar bandar dan sekolah di kawasan tanah rancangan Felda.

Pencapaian  tahun 2010 adalah merupakan sejarah baru yang tercipta dari segi  bilangan murid yang memperoleh seramai 5A dan 4A iaitu masing-masing 13 orang . Pencapaian ini terhasil dari perubahan murid yang lebih bermotivasi,kerjasama padu dari ibu bapa dan komitmen yang tinggi pengurusan sekolah serta guru-guru yang terbabit.


Majlis penyampaian keputusan UPSR 2010 telah diadakan pada 11 November 2010 jam 12.00tgh. Pada majlis tersebut PIBG SK Ciku 3 telah menyumbangkan hadiah kecemerlangan sebanyak RM 100.00 kepada murid yang mendapat 5A dan RM80.00 kepad murid yang memperoleh 4A.

Murid yang mendapat 4A UPSR 2010
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Pengursan FELDA, KESEDAR, Pejabat Pelajaran Daerah,pemimpin tempatan dan semua pihak yang sentiasa menghulurkan bantuan kewangan,nasihat dan pandangan sehingga terhasilnya kejayaan yang membanggakan ini.







Murid yang mendapat 5A UPSR 2009

MAJLIS MOTIVASI DAN MENANDA TANGAN PERJANJIAN KOMITMEN IBUBAPA TAHUN 6

Sebahagian ibubapa yang hadir
Majlis tersebut diadakan pada 25 Januari 2010 jam 3.00-5.00 petang,yang disempurnakan oleh En.Muhammad Zahari bin Othman Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang.Seramai 120 orang ibu bapa hadir pada majlis tersebut.Dalam majlis ini pegawai PPD sendiri menyampaikan ceramah motivasi yang bertajuk `Keluarga Bahagia

Pada tahun ini seramai 24 orang murid telah disenaraikan sebagai murid target untuk memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR 2011.Pada majlis ini  juga ibu bapa murid-murid target telah menandatangani akujanji di hadapan Guru Besar dan disaksikan oleh Pegawai PPD.
Pegawai PPD merasmikan majlis

Secara ringkasnya akujanji ini adalah satu bai'ah secara bertulis yang dipersetujui bersama antara ibu bapa dan pihak sekolah untuk   merealisasikan pencapaian 5A anak mereka dalam peperiksaan UPSR tahun 2011.

Insya Allah diatas sokongan semua pihak dan komitmen yang tinggi dari ibu bapa serta guru-guru yang penuh didikasi keputusan UPSR SK Ciku 3 tahun ini akan lebih cemerlang.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang berkerjasama menjayakan majlis ini dengan jayanya.


SENARAI MURID TARGET 5A UPSR 2011