Friday, June 24, 2011
Monday, June 20, 2011
Monday, March 21, 2011
Wednesday, March 16, 2011
BANGUNAN BARU PRASEKOLAH SK CIKU 3
Ruangan dalaman kelas Prasekolah |
Mesyuarat penyerahan bangunan tambahan Prasekolah SK Ciku 3 |
Ruangan dalam |
Bangunan tambahan Prasekolah telah mulai dibina pada bulan Ogos 2010 dan telah siap sepenuhnya pada penghujung bulan Februari 2011.
Bangunan tambahan ini mampu memuatkan 25 orang murid. Mesyuarat penyerahan bangunan baru Prasekolah ini telah diadakan pada 06 Mac 2011 jam 11.00pg. yang telah dihadiri oleh Pegawai PPD,JKR,JPN,kontraktor dan Guru Besar SK Ciku 3.
Laluan utama bangunan baru |
Tahniah diucapkan kepada warga Prasekolah SK Ciku 3 yang telah mendapat bangunan baru yang lebih moden, selesa dan lengkap dengan alatan mengajar terkini.
Monday, March 14, 2011
Sunday, March 6, 2011
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SK CIKU3 2011
Majlis penyampaian watikah perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ciku 3 telah diadakan pada 6 Mac 2010 .Majlis ini telah disempurnakan oleh wakil Yang Setia Ketua Polis Daerah Gua Musang.
Wakil KP Daerah Gua Musang menyampaikan watikah perlantikan pengawas |
Pengawas Pusat Sumber SK Ciku 3 |
Tuesday, February 22, 2011
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDIRRASUL 1432H
Majlis sambutan Maulidirrasul SK Ciku 3 telah diadakan pada 16 Februari 2011.Majlis bermula jam 7.45 pagi dimulai dengan acara perhimpunan melibatkan semua murid .Guru Besar SK Ciku 3 telah menyampaikan ucapan sempena majlis tersebu diikuti dengan selawat keatas Junjungan besar Nabi Muhammad.Selepas itu murid-murid tahap 2 mengadakan perarakan sambil berselewat mengelilingi kawasan perkampungan Felda Ciku 3 sejauh 1.5 km.Manakala murid tahap 1 berada didewan sekolah bagi menonton tayangan slaid maulidirrasul.
Pada jam 11.00 pagi semua murid dan guru-guru berada di dewan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Al fadzil Ustaz Lazim bin Yaacob dari SK Limau Kasturi dan Cikgu Mokhtar bin Ismail.
Pada majlis yang sama 2 orang murid,seorang murid perempuan dan seorang murid lelaki telah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidirrasul SK Ciku 3 bagi tahun 1432H.Acara lain yang diadakan bagi memeriahkan majlis adalah pertandingan poster,kuiz maulidirrasul.Majlis berakhir jam 12.00 tengahari diakhiri dengan jamuan makan tengahari (makan laksa).
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang tenaga,wang ringgit dan apa saja bantuan sehinggakan majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah.
`SATU UMMAH SATU MALAYISIA'
PROGRAM MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS
Sekolah Kebangsaan Ciku 3 telah dipilih menjadi lokasi/pusat Program `Teacher Profesional Devalopment' di bawah dasar Memertabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris(MBMMBI) Program ini melibatkan guru-guru Bahasa Inggeris dari Sekolah Kebangsaan Ciku 3,Ciku 2,Ciku 7 dan Perasu.Program ini bermula 22 Februari 2001 dan terus dijalankan pada setiap hari selasa jam 2.30- 5.00ptg.
Mr.Thomas sedang berkomunikasi dengan Guru-guru Bahasa Inggeris |
Sunday, February 20, 2011
Monday, February 14, 2011
MESYUARAT PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI DAN SAMBUTAN MAULIDIRRASUL
Mesyuarat pencegahan denggi dan Sambutan Maulidirrasul SK Ciku 3 telah diadakan pada 14 Februari 2011, jam 1.00tgh. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Guru Besar dan dihadiri oleh semua guru dan YDP PIBG bagi menyusun atur program dan aktiviti yang akan dijalankan.
Mesyuarat telah memutuskan kedua-dua program tersebut akan diadakan pada 16 Februari 2011.Sambutan Maulidirrasul akan diadakan pada sebelah pagi mulai jam 7.45 hingga 1.15 tgh. Pengisian sambutan maulidirrasul adalah acara perarakan,ceramah,pertandingan poster, kuiz dan pengumuman 2 orang murid sebagai Tokoh Maulidirrasul 1432H. Bagi program pencegahan denggi gotong royong membersih kawasan sekolah akan diadakan pada sebelah petang mulai jam 2.30 petang dan dijangka berakhir jam 5.30ptg.
Salam Maulidirrasul `Satu Malaysia Satu Ummah' dan SK Ciku 3 bebas denggi..Insya Allah.
YDP PIBG SK Ciku 3,
Tuesday, February 8, 2011
TAZKIRAH LAMBAIAN SENJA DAN SOLAT MAGRIB BERJAMAAH
Mulai tahun 2009 PIBG Sekolah Kebangsaan Ciku 3 dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan aktiviti Kuliah Lambaian Senja dan Solat Magrib Berjamaah murid tahun 6. Aktiviti ini dijalankan secara bersepadu dengan kelas tuisyen UPSR anjuran PIBG yang dijalankan pada waktu malam jam 8.00 - 9.30 malam, 4 kali seminggu selama 7 bulan .Pada tahun ini ianya dimulakan pada hari ahad 6 Februari 2011.
Aktiviti murni ini di rancang dan telah mendapat sokongan dan kerjasama penuh dari ibu bapa,PIBG, pihak sekolah,pemimpin tempatan serta komuniti setempat. Bagi mengaktifkan aktiviti ini murid-murid yang menghadiri kelas tuisyen digalakkan datang kesekolah dan berada di musalla sebelum jam 7.00 petang.Tazkirah Lambaian Senja akan diadakan selama 15-20 minit sebelum waktu magrib dibawah pimpinan utama Ustaz Razali dan guru pendidikan Islam yang lain. Aspek utama pengisian tazkirah adalah kearah pemantapan keimanan dan taqwa serta motivasi kearah pengukuhan jatidiri remaja bagi menghadapi cabaran kini dan masa depan.
Selepas majlis tazkirah murid-murid terlibat akan solat berjamaah,berzikir dan ditambah dengan solat hajat pada hari-hari tertentu.Selepas selesai solat murid-murid akan brgerak ke kelas tuisyen masing-masing.
Selepas majlis tazkirah murid-murid terlibat akan solat berjamaah,berzikir dan ditambah dengan solat hajat pada hari-hari tertentu.Selepas selesai solat murid-murid akan brgerak ke kelas tuisyen masing-masing.
Aktiviti ini diharap akan dapat diteruskan dengan jayanya melalui sokongan padu terutama ibu bapa dan pihak sekolah.Kami warga PIBG Sekolah Kebangsaan Ciku 3 mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama kepada guru pendidikan Islam teristimewa untuk Ustaz Razali yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi merealisasikan program murni ini.Syukur Alhamdulillah...
YDP PIBG SK Ciku 3
Wednesday, February 2, 2011
LOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU3
Sekolah Kebangsaan Chiku 3 adalah sebuah sekolah yang dikategorikan di bawah sekolah luar bandar yang terletak dikawasan FELDA. Ianya berada dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gua Musang.
Jaraknya 150 km dari bandar Kota Bharu melalui jalan utama Kota Bharu ke Gua Musang dan 45 km dari bandar Gua Musang.
Tuesday, February 1, 2011
SAF PEMIMPIN SK CHIKU 3 TAHUN 2011
Pada sessi persekolahan tahun 2011 pengurusan sekolah hanya ditadbir oleh Guru Besar dan dibantu seorang Guru Penolong Kanan pentadbiran.Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum masih kosong.Kekosongan dua orang Guru Penolong Kanan ini berlaku sejak 6 bulan lalu dan kini masih belum berganti lagi selepas kedua-dua personel ini bertukar.
Pada 30 Januari 2011 Penolong Kanan Kokurikulum telah melaporkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan sebelum ini. Kepada PK Kokurikulum warga SK Ciku 3 mengalukan kedatangan anda untuk meneruskan kecemerlangan khususnya dalam aktiviti Kokurikulum.
Sunday, January 30, 2011
MESYUARAT PENGURUSAN 3K BIL.1/2011
Mesyuarat Pengurusan 3K bil.1/2011 SK Ciku 3 |
Mesyuarat Pengurusan 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) SK Ciku 3 bilangan 1/2011 telah diadakan pada 30/01/2011 jam 11.00 pagi bertempat di bilik mesyuarat utama. Mesyuarat ini dipegerusikan oleh Guru Besar yang dihadiri oleh kontraktor kebersihan,kontraktor keselamatan, pengusaha kanntin dan YDP PIBG.
Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan keselamatan, kebersihan dan kesihatan sekolah.Mesyuarat telah bersetuju untuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan landskap sekolah dengan menanam lebih banyak pokok-pokok bunga.Pengusaha kantin akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti penyediaan makan dan kebersihan di kantin sekolah.Manakala dalam aspek keselamatan kelengkapan CCTV akan disempurnakan dalam masa terdekat.
Thursday, January 27, 2011
PENCAPAIAN UPSR SK CIKU 3 2006-2010
Murid yang mendapat 5A UPSR 2010 |
Pencapaian UPSR Sekolah Kebangsaan Ciku telah mula bergerak ke arah kecemerlangan mulai tahun 2007. Ianya satu pencapaian yang sangat baik bagi sekolah luar bandar dan sekolah di kawasan tanah rancangan Felda.
Pencapaian tahun 2010 adalah merupakan sejarah baru yang tercipta dari segi bilangan murid yang memperoleh seramai 5A dan 4A iaitu masing-masing 13 orang . Pencapaian ini terhasil dari perubahan murid yang lebih bermotivasi,kerjasama padu dari ibu bapa dan komitmen yang tinggi pengurusan sekolah serta guru-guru yang terbabit.
Majlis penyampaian keputusan UPSR 2010 telah diadakan pada 11 November 2010 jam 12.00tgh. Pada majlis tersebut PIBG SK Ciku 3 telah menyumbangkan hadiah kecemerlangan sebanyak RM 100.00 kepada murid yang mendapat 5A dan RM80.00 kepad murid yang memperoleh 4A.
Murid yang mendapat 4A UPSR 2010 |
Murid yang mendapat 5A UPSR 2009 |
MAJLIS MOTIVASI DAN MENANDA TANGAN PERJANJIAN KOMITMEN IBUBAPA TAHUN 6
Sebahagian ibubapa yang hadir |
Majlis tersebut diadakan pada 25 Januari 2010 jam 3.00-5.00 petang,yang disempurnakan oleh En.Muhammad Zahari bin Othman Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang.Seramai 120 orang ibu bapa hadir pada majlis tersebut.Dalam majlis ini pegawai PPD sendiri menyampaikan ceramah motivasi yang bertajuk `Keluarga Bahagia'
Pada tahun ini seramai 24 orang murid telah disenaraikan sebagai murid target untuk memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR 2011.Pada majlis ini juga ibu bapa murid-murid target telah menandatangani akujanji di hadapan Guru Besar dan disaksikan oleh Pegawai PPD.
Pegawai PPD merasmikan majlis |
Secara ringkasnya akujanji ini adalah satu bai'ah secara bertulis yang dipersetujui bersama antara ibu bapa dan pihak sekolah untuk merealisasikan pencapaian 5A anak mereka dalam peperiksaan UPSR tahun 2011.
Insya Allah diatas sokongan semua pihak dan komitmen yang tinggi dari ibu bapa serta guru-guru yang penuh didikasi keputusan UPSR SK Ciku 3 tahun ini akan lebih cemerlang.
Terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang berkerjasama menjayakan majlis ini dengan jayanya.
Insya Allah diatas sokongan semua pihak dan komitmen yang tinggi dari ibu bapa serta guru-guru yang penuh didikasi keputusan UPSR SK Ciku 3 tahun ini akan lebih cemerlang.
Terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang berkerjasama menjayakan majlis ini dengan jayanya.
SENARAI MURID TARGET 5A UPSR 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)